
Dap racist.
DAP TAK SEDAR DIRI: PUNCA UTAMA KEPADA PERBALAHAN KAUM DI MALAYSIA
- Merujuk kepada kenyataan Howard Lee Chuan How (Ketua DAPSY Kebangsaan), beliau menuduh Pemuda PAS bersifat rasis seperti Donald Trump kerana mencadangkan Lim Kit Siang sepatutnya keluar dari Malaysia dan bukannya Dr. Zakir Naik.
- Isu ini hasil daripada respon Lim Kit Siang itu sendiri yang menyokong saranan yang ditulis oleh peguam Anas Zubedy yang mahukan pendakwah kontroversi itu keluar dari negara ini secara sukarela.
- Dr. Zakir Naik merupakan seorang ilmuan Islam dan pendakwah yang tidak mencetuskan sebarang provokasi atau kebencian di Malaysia.
- Di manakah pendirian parti komponen Melayu Islam di dalam PH seperti PPBM dan AMANAH dalam isu yang dilihat semakin mengikis kekuatan Islam di Malaysia?
- DAP dilihat semakin dominan dalam menentukan urusan negara dan terbukti pada hari ini DAP bersifat rasis dan merosakkan fabrik sosial di Malaysia.
- Rakyat tidak lupa kenyataan Ngar Kor Ming yang mengambarkan gabungan Pas dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan.
- Bukankah kenyataan itu lebih bersifat kontroversi dan berbaur kebencian terutamanya bagi negara yang majoritinya umat Islam?
- Di sini jelas menunjukkan bahawa DAP adalah punca kepada ketegangan kaum yang berlaku bermula dari aspek sosial, politik dan ekonomi serta menjejaskan kestabilan negara.
- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap kerajaan yang dipimpin tidak akan tunduk dengan desakan pihak bukan Islam dalam isu ini.
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu
Deraf..
Deraf Surat Terbuka Kpd YAB Tun Dr Mahathir Yg DiCadangkan oleh Sdra Mohd Khairul Azam ( seorng Peguam).
Mohon baca, sebar & tambahbaikkan lagi kpd orng Melayu+Bumiputera seramai boleh. DAN Sdra Azam akan melakukan apa yg terbaik❗In shaa Allah (sk: Sdra Khairul Azam Abdul Aziz)
Buat YAB Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ke-7 DI bawah kerajaan Malaysia baru
Bersama2 ini saya panjangkan untuk perhatian YAB Tun 25 Tuntutan2 Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke-70 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).
Wahai Orang2 Melayu.
Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan dibuat oleh kaum2 minoriti terhadap kerajaan.
Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yg dibuat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompromi politik.
Seringkali juga kita melihat satu demi satu hak agama, hak bangsa dan hak tanah air kita terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit oleh kerajaan semata2 bagi memenuhi tuntutan kaum minoriti kerana sumber yg semakin terhad itulah yg terpaksa kita kongsi dengan kaum lain.
Istilahnya “berkongsi” namun hakikatnya kita memberi lagi dan lagi hak kita kepada mereka sehingga akhirnya apa yg tinggal tidak cukup untuk anak cucu kita sendiri.
Realitinya, mereka tidak pernah memberi apa2 kepada kita, sedang mereka meminta lagi dan lagi, dan pemimpin kita memberi dan terus memberi.
Wahai orang Melayu sekelian, demi kelangsungan hidup bernegara yg berterusan untuk anak cucu kita, marilah kita bersama2 menuntut kembali hak kita yg sememangnya telah termaktub lama dalam Perlembagaan Persekutuan sejak Malaya merdeka tahun 1957 dahulu.
Sebab generasi bapa dan datuk kita tak pernah membuat tuntutan ini, maka walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan, ianya semakin di lupakan oleh kerajaan atas alasan kita tidak pernah menuntut untuk undang2 hak kita tersebut dikuatkuasakan.
Maka dengan lafas Bismillahirahmanirahim, demi masa depan anak cucu waris Melayu yang belum lahir,
DENGAN INI ORANG MELAYU MENUNTUT DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 PERKARA BERIKUT:-
- Memperkukuhkan Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
- Menuntut Institusi Kebajikan Islam di berikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.
- Menuntut Institusi Wakaf di pengerusikan oleh Raja-Raja Melayu di perkasakan.
- Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12(2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.
- Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat Jumaat.
- Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan di hentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang di peruntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.
- Menuntut dihentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Menuntut di kembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 113(6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagaan Persekutuan.
- Menuntut Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan Tanah Simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu menurut Perkara 89(2) Perlembagaan Persekutuan.
- Menuntut mana-mana Tanah Simpanan / Rezab Melayu yang diambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum di gantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.
- Menuntut di mansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang DiPertuan Agung untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang sebelum di wartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
- Menuntut dikuatkuasakan Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib menangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.
- Menuntut Kerajaan mendedahkan sama ada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang di berikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.
- Menuntut di hapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.
- Menuntut di gunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang di peruntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
- Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.
- Menuntut semua papantanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang di luluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini.
- Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu di gunakan untuk perbicaraan di mahkamah.
- Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak dibenarkan dalam Perlembagaan.
- Menuntut sistem persekolahan satu aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.
- Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan, perkilangan dan perkhidmatan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
- Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru di laksanakan kembali dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan ditingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.
- Menuntut agar sebuah Suruhanjaya Hak Istimewa Melayu ditubuhkan di bawah Parlimen khusus utk menasihati YDPA untuk menjalankan kuasa Baginda menurut Perkara 153 Perlembagaan dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan sama ada menepati semangat perkara 153 Perlembagaan atau tidak.
- Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di kembalikan.
- Menuntut agar titah Majlis Raja2 berkaitan isu2 Melayu dan Islam diberikan perhatian dan tindakan segera oleh Kerajaan di bawah Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan.
PERJUANGAN INI DAH TERLAMBAT UNTUK KITA TETAPI MASIH TERLALU AWAL UNTUK CICIT2 KITA YG BELUM LAHIR.
SEMOGA MEREKA AKAN SENTIASA MENDOAKAN RAHMAT UNTUK KITA ALMARHUM DATUK2 DAN MOYANG2 MEREKA, INSYAALLAH.
(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)
JANGAN LAGI MELAYU DIBULI
Disediakan oleh,
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
Share

BSP. – Besar sangat pulak.
Jawi.
AHLI PARLIMEN DAP KEPONG YANG BIADAP
Roslan SMS
Posting beliau – Lim Lip Eng, ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi:
(Terjemahan) “Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenallan khat. Tolonglah.”
Ini ekoran langkah Kementerian Pendidikan mahu memperkenalkan pengajaran seni khat dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 mulai tahun depan.
Negara kita mengamalkan hak kebebasan bersuara dan memberi pandangan. Namun ianya ada batas dan adabnya. Bermakna ia tidak mutlak.
Jika semua kita bebas berkata apa sahaja yang terlintas di benak pemikiran kita, pasti negara berbilang kaum dan agama ini menjadi huru-hara sebagaimana sesetengah negara dunia ketiga.
Ada pemimpin DAP dan NGO Cina yang mungkin tidak setuju dengan langkah kementerian ini, maka bantahlah ikut apa sahaja saluran namun jangan sampai biadap dan menghina.
Tulisan Jawi adalah tulisan Melayu asal di tanahair kita. Ia merupakan tulisan resmi buat budaya dan bangsa Melayu sehinggalah diperkenalkan tulisan Rumi.
Tulisan inilah digunakan dalam dokumen dan rekod resmi kerajaan dan rakyat zaman berzaman.
Malah pemasyhuran Kemerdekaan Negara yang dibacakan oleh Almarhum YTM Tunku sebagai PM Negara yang pertama 31 Ogos 1957 juga bertulisan Jawi
Tiba-tiba Lip Eng dalam keghairahan menolak langkah pihak kementeria ini telah menggunakan bahasa yang amat biadab malah menghina orang-orang Melayu amnya.
Memperkenalkan tulusan Khat Jawi disamakan ahli Parlimen ini sebagai menyapu tahi lembu di wajah kita semua.
Jawi sama dengan najis?!
Kalau kita katakan DAP ini parti rasis dan tidak pernah memperjuangkan nasib dan masadepan umat Melayu Islam, ada yang tidak percaya.
Tapi lihatlah tulisan pemimpin DAP ini.
Ianya satu penghinaan terhadap orang Melayu serta benar-benar mencabar kesabaran kita semua.
Bila kaduk naik junjung, bila mereka dominan dalam kerajaan, maka bersedialah kita menanggung akibatnya.
Bangkitlah umat Melayu Islam. Saat untuk brrubah sudah bermula. Jika terus lalai, maka alu-alukanlah kemunculan “Singapura ke 2”.
DAPsemakinBiadapYangLuarBiasa

Solat.
Larangan Solat Terhadap Pekerja Muslim?
- Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata akan menyiasat dakwaan sebuah syarikat di Klang, Selangor yang melarang pekerjanya bersembahyang selain pada waktu makan tengah hari. Manakala menurut wakil pekerja pula mengesahkan bahawa memo larangan tersebut adalah benar.
- Sekiranya benar, maka syarikat tersebut seharusnya dikenakan tindakan. Ia selaras dengan pematuhan hak-hak pekerja melalui pemantauan Unit Tindakan Pematuhan Perburuhan (IP) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
- Orang kafir yang duduk di bawah perlembagaan yang menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan seharusnya mengerti keperluan pekerja Muslim. Menurut Yusuf al-Qardawi bahawa selain daripada pembayaran jizyah dan pematuhan undang-undang, salah satu tanggungjawab non-Muslim (ahl zimmah) yang perlu dipegang adalah menjaga perasaan (sensitiviti) umat Islam.
- Al-Qardawi menjelaskan bahawa dengan itu tidak boleh bagi non-Muslim untuk mencerca Islam, Rasulullah dan al-Quran secara zahir. Bahkan, bagi menjaga sensitiviti Muslim, beliau turut menegaskan makan secara terbuka di dalam bulan Ramadan juga seharusnya dikawal bagi menjaga sensitiviti umat Islam.
- Perkara ini dikategorikan oleh Dr. Khairul Azhar Meerangani dalam perkara ‘Tanggungjawab Keamanan’ yang perlu dipelihara bersama oleh non-Muslim. Beliau menjelaskan bahawa: “warga non Muslim dilarang sama sekali daripada melakukan perkara yang boleh mengguris perasaan umat Islam seperti hasutan, provokasi keagamaan, pencabaran hak serta penzahiran syiar agama mereka dalam kalangan umat Islam.”
- Solat adalah kewajipan yang difardukan ke atas Muslim dan ia adalah syiar Islam itu sendiri. Maka non Muslim seharusnya mengerti tentang kewajipan ini. Adalah tidak masuk akal bagi non Muslim di Malaysia tidak mengetahui perkara ini.
- Adalah diharapkan agar pemimpin Muslim bangun mempertahankan hak asasi seorang Muslim dalam perkara ini. Apa gunanya diberikan kuasa andai ia tidak digunakan untuk menjaga hak-hak Islam.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi




