DAP TAK SEDAR DIRI: PUNCA UTAMA KEPADA PERBALAHAN KAUM DI MALAYSIA
- Merujuk kepada kenyataan Howard Lee Chuan How (Ketua DAPSY Kebangsaan), beliau menuduh Pemuda PAS bersifat rasis seperti Donald Trump kerana mencadangkan Lim Kit Siang sepatutnya keluar dari Malaysia dan bukannya Dr. Zakir Naik.
- Isu ini hasil daripada respon Lim Kit Siang itu sendiri yang menyokong saranan yang ditulis oleh peguam Anas Zubedy yang mahukan pendakwah kontroversi itu keluar dari negara ini secara sukarela.
- Dr. Zakir Naik merupakan seorang ilmuan Islam dan pendakwah yang tidak mencetuskan sebarang provokasi atau kebencian di Malaysia.
- Di manakah pendirian parti komponen Melayu Islam di dalam PH seperti PPBM dan AMANAH dalam isu yang dilihat semakin mengikis kekuatan Islam di Malaysia?
- DAP dilihat semakin dominan dalam menentukan urusan negara dan terbukti pada hari ini DAP bersifat rasis dan merosakkan fabrik sosial di Malaysia.
- Rakyat tidak lupa kenyataan Ngar Kor Ming yang mengambarkan gabungan Pas dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan.
- Bukankah kenyataan itu lebih bersifat kontroversi dan berbaur kebencian terutamanya bagi negara yang majoritinya umat Islam?
- Di sini jelas menunjukkan bahawa DAP adalah punca kepada ketegangan kaum yang berlaku bermula dari aspek sosial, politik dan ekonomi serta menjejaskan kestabilan negara.
- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap kerajaan yang dipimpin tidak akan tunduk dengan desakan pihak bukan Islam dalam isu ini.
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu
